Panduan untuk tahap kunci maksimum bagi Malaysia dan Brunei View history

This page is a translated version of the page Guide to maximum lock levels for Malaysia and Brunei and the translation is 100% complete.
Other languages:
Home HomeEditing EditingCommunity Community

Pengenalan

Ini merupakan sebahagian daripada Amalan Menyunting yang Baik bagi Malaysia dan Brunei. Penyunting digalakkan mengikuti garis panduan ini.

Dasar ini tidak bertujuan sebagai panduan sama ada segmen jalan harus dikunci atau tidak.Itu harus selalu menjadi keputusan yang dibuat oleh penyunting berdasarkan kepada keadaan seperti adakah penyuntingan jalan tersebut sudah "lengkap". Dasar ini adalah garis panduan tahap penguncian MAKSIMUM untuk digunakan untuk kemudahan komuniti, serta beberapa nota tentang keadaan yang tidak perlu buat penguncian:

  • Segmen jalan biasanya tidak perlu dikunci kecuali penyuntingan jalan tersebut sudah lengkap :
    • Geometri persimpangan diselaraskan untuk arahan navigasi yang betul
    • Sekatan pusingan telah diaktifkan dengan tepat
    • Jenis jalan ditetapkan dengan betul
    • Nama jalan telah dinamakan dengan betul
  • Saudara tidak harus mengunci segmen jalan melainkan saudara kerap melawat forum untuk menangani permintaan buka kunci
  • Sekiranya saudara mengunci segmen jalan, nama saudara akan direkodkan dan saudara secara amnya dianggap bertanggungjawab untuk segment jalan tersebut.

Penyunting-penyunting yang didapati membuat penyuntingan secara besar-besaran tentang tahap kunci hanya kerana dasar ini mencadangkan tahap kunci maksimum mungkin menghadapi pengurangan pangkat penyunting dan/atau penghapusan hak Pengurus Kawasan/Pengurus Negara.

Jenis Jalan

Freeways

Freeway harus dikunci pada tahap 5, termasuk tanjakan & persimpangan yang berkaitan. jalan-jalan adalah laluan utama yang sepatutnya semuanya adalah betul dan kini perlu dilindungi untuk memastikan kerja-kerja penghalaan utama berfungsi. Penyuntingan biasanya hanya dilakukan oleh penyunting tahap 5 atau Pengurus Negara dan Elit Tempatan

Lebuhraya Utama

Lebuhraya utama perlu dikunci pada tahap 5. Lebuhraya utama juga merupakan jalan utama yang sepatutnya semua betulpada masa sekarang dan perlu dilindungi untuk memastikan laluan utama berfungsi. Penyuntingan biasanya hanya dilakukan oleh penyunting tahap 5 atau Pengurus Negara dan Elit Tempatan.

Lebuhraya Kecil

Lebuhraya Kecil hendaklah dikunci pada tahap minimum 4. Persimpangan kompleks atau bahagian jalan yang penting juga boleh dikunci pada tahap 4 oleh penyunting tempantan, Pengurus Kawasan / Pengurus Negara yang aktif jika mereka anggap ini adalah perlu.

Jalan Utama

Jalan utama harus dikunci pada tahap minimum 3.

Jalan Keretapi

Jalan keretapi harus dikunci pada Tahap 5 untuk mengelakkan penghapusan secara tidak sengaja.

Situasi Lain

Jalan Tidak Memadankan Dengan Aerials

Dengan perubahan kepada imej udara Google (beberapa bahagian di Malaysia kelihatan jauh ketinggalan zaman), mungkin mempunyai situasi di mana kebanyakan susunan jalan semasa tidak sepadan dengan imej. Adalah dinasihatkan bahawa ini dikunci pada tahap 5, untuk mengelakkan penyunting nait baik "membetulkan"nya.

SituasiTidak Terduga

Kadang-kala akan terjumpa keadaan yang ganjil. Contohnya: larangan pusingan kanan yang tidak dijangka; segmen jalan sehala pendek di hujung jalan dua hala; segmen jalan tanpa nama sengaja disambungkan ke bulatan mini. Sekiranya saudara rasa bahawa ciri istimewa ini bermungkinan dikembalikan oleh seseorang yang tidak tahu apa yang dimaksudkan, ia boleh diterima untuk menguncinya.

Vandalisme

Sekiranya sesuatu kawasan selalu berlaku penyuntingan yang tidak betul, ia boleh dikuncu. Ini hanya boleh dilakukan selepas perbincangan dengan komuniti dan mendapat kelulusan daripada Pentadbir Negara Malaysia (yang mungkin mahu mengambil tindakan selanjutnya).

Segmen Tol

Ini perlu dikunci pada minimum tahap 4 atau tahap 5 untuk mengelakkan berlakunya gangguan. Ini termasuk segmen yang dihubungkan ke Segmen Tol tanpa mengaktifkan ciri Segmen Tol.

Kunci Tahap 6

Setakat ini kami belum mengenalpasti sebarang keadaan di mana kami benar-benar perlu menggunakan kunci Tahap 6. Kami tidak mempunyai bilangan penyunting Tahap 5 yang banyak sehingga kami tidak dapat menjejaki apa yang sedang berlaku, jadi kami berharap tidak memerlukannya. Tetapi, jika saudara mempunyai situasi yang saudara rasa memerlukan kunci Tahap 6, sila poskan pada forum atau Facebook : Waze Malaysia untuk perbincangan.

Mercu Tanda

Mercu Tanda yang penting, atau mercu tanda yang mengambil banyak usaha untuk melukis harus dikunci. Sebagai contoh, laut, tasik dan sungai, dan stesen minyak.


<< Kembali ke Halaman Utama