Tennessee, A.S.
Penggunaan data untuk mencegah nahas
The Volpe Center for Transportation Research uses Waze data to help states focus enforcement and first responder resources in high-risk areas
Volpe Center for Transportation Research menggunakan data Waze untuk membantu negeri memfokuskan penguatkuasaan dan sumber pembantu kecemasan di kawasan berisiko tinggi
Peramalan, pencegahan dan tindak balas yang lebih cekap terhadap kemalangan
Set data tradisional yang diperoleh daripada laporan nahas jabatan polis tidak memberi Tennessee Highway State Patrol maklumat yang mencukupi untuk meramalkan jalan yang memerlukan lebih banyak rondaan untuk mencegah atau bertindak menangani kemalangan. Inisiatif Data Keselamatan Volpe Center menggunakan data laporan kemalangan Waze sumber khalayak yang terkini untuk memberikan data kepada algoritma pembelajaran mesin mereka, meramalkan nahas dengan lebih tepat dan menghantar sumber.
Building a comprehensive model for highway safety
Membina model keselamatan lebuh raya yang lebih menyeluruh
Dengan menggunakan data Waze yang dikemaskinikan setiap dua minit, pasukan sains data Volpe Center boleh meramalkan masa dan lokasi nahas lebuh raya menggunakan model grid. Mengetahui tempat dan masa perlanggaran berkemungkinan besar berlaku bermakna peronda lebuh raya boleh memperuntukkan sumber, menyasarkan pemanduan berbahaya degan lebih tepat untuk mencegah perlanggaran dan meningkatkan masa respons semasa perlanggaran berlaku.
“Data Waze memberikan maklumat konteks yang penting untuk memaklumi negeri dan penggunaan keselamatan tempatan.”
Dan Flynn, Volpe National Transportation Systems Center
Help your patrols help the community with Waze data
Cara peronda anda membantu komuniti menggunakan data Waze
Rakan kongsi Waze for Cities boleh berhubung dengan Volpe Center untuk mengetahui cara meningkatkan jalan raya dan data nahas mereka di https://www.transportation.gov/data/secure.