Kehebatan Waze sentiasa menggambarkan individu di sebalik teknologi ini — orang tempatan yang melaporkan penutupan jalan, melukis semula jalan dan mencari cara untuk menjadikan pengalaman memandu lebih baik untuk semua orang. Bertemu (dan sertai!) Komuniti Waze.
Komuniti Waze
Membantu satu sama lain di setiap belokan
Editor peta mempunyai kuasa untuk meningkatkan jalan tempatan, dengan memastikan peta Waze tepat dan dikemas kini.
Penguji beta mencuba ciri Waze yang paling baharu dan memberi kami maklum balas tentang ciri yang berfungsi dengan baik (dan ciri yang tidak berkesan) sebelum ciri tersebut dilancarkan kepada pengguna awam.
Penyetempat memastikan tiada apa-apa yang hilang dalam penterjemahan, dengan membantu untuk menyetempatkan ciri dan suara Waze dalam lebih 50 bahasa.
Program Respons Krisis menyokong pemandu semasa peristiwa krisis, seperti bencana alam, dengan maklumat berguna untuk memastikan mereka termaklum dan selamat.
Rakan kongsi kami bekerjasama dengan pegawai kerajaan, penyiar, perniagaan dan pihak lain untuk bukan sahaja menjadikan Waze lebih baik, namun turut menjadikan komuniti yang menggunakan perkhidmatan kami lebih baik.