Perihal kami
Kami tahu terdapat cara untuk menjadikan trafik kurang buruk
Perihal kami
Kami tahu terdapat cara untuk menjadikan trafik kurang buruk
Pada tahun 2009, kami telah mewujudkan apl navigasi sumber khalayak yang akan memudahkan anda mengelakkan masalah di jalan raya. Bagaimana? Dengan bekerjasama.
Jadilah pemandu yang membantu pemandu lain
Komuniti kami yang terdiri daripada editor peta, penguji beta, penterjemah, rakan kongsi dan pengguna membantu untuk menjadikan setiap pemanduan lebih baik. Jalan berlubang? Perarakan? Memerlukan arah? Kita boleh saling membantu.
Peta bertujuan untuk dilukis semula
Jangan beritahu Mercator, tetapi peta statik tidak akan memberitahu kita perkara untuk dijangkakan, kerana kita tidak tahu keadaan jalan tersebut pada hari tertentu sehingga kita menggunakan jalan tersebut. Jadi, kami akan mengemas kini, menghala semula, menumpang orang dan mendengar muzik yang hebat – atau Terminator – dan secara tidak dijangka, memandu dari satu tempat ke tempat lain telah menjadi begitu mudah.
Membantu pemandu telah membantu kami melakukan banyak perkara
Kami bekerjasama dengan bandar, pihak berkuasa pengangkutan, penyiar, perniagaan dan pihak pembantu kecemasan untuk memastikan data didorong komuniti kami membantu sebanyak mungkin pengguna, menjimatkan masa yang berharga dan juga nyawa setiap hari
Blog Waze
Jalan raya ialah tempat ramai antara kita memikirkan idea bernas. Blog Waze ialah tempat kami berkongsi idea.
Merancang trafik adalah lebih mudah daripada melalui trafik tersebut